Assalammualaikum dan Selamat Datang ke Laman Blog Hadiah Buku 4 u. Semua buku di blog ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah mengikut kategori masing-masing disamping untuk dijadikan bacaan sendiri.

"Sampaikan Olehmu Dariku, Walau Sepotong Ayat"

Wednesday, April 25, 2012



              Penulis       : Muhammad Muhyidin
                 Kod Buku   : PTSB 1091
                 Kod ISBN  : 
                 Harga         : RM11.90

AJAIBNYA SEDEKAH menceritakan keajaiban dan mukjizat sedekah khususnya dalam meningkatkan kekayaan dan kebahagiaan. Selain itu, buku ini juga memberi penjelasan hubung kait antara sedekah dan rezeki dalam satu rumus matematik sedekah. Dan ianya juga menjelaskan mengenai mukjizat sedekah dalam MENGHINDARKAN PENYAKIT dan MEMANJANGKAN USIA. 




Saturday, November 20, 2010

ANAK SOLEHAH - KOMIK


                 Penulis       : Kak Adah
                 Kod Buku   : AMBK1121
                 Kod ISBN  : 978-967-5267-36-9
                 Harga         : RM5.90

Ana Solehah mengisahkan kehidupan seorang pelajar bernama Ana Solehah yang hidup bersama ibu, ayah dan dua orang adik lelakinya iaituIbrahim dan Luqman. Bagaimanapun kebahagiaan Ana hanya sementara. Ditakdirkan Allah, ayahnya, Pak Soleh meninggal dunia ketika menjala udang di sebatang sungai.
Untuk meringankan beban hidup yang terpaksa ditanggung oleh ibunya, Ana dan adik-adiknya telah dibawa ke Rumah kebajikan Anak-anak yatim Darul Riayah. Di rumah itulah bermula kehidupan baru Ana dan adik-adiknya. Nak tahu bagaimana mereka bertiga menjalani kehidupan di Darul Riayah, ikutilah kisah Ana Solehah ini. Seronok adik-adik.

Friday, November 19, 2010

ALAHAI PENGANTIN BARU


                              Penulis       : Jalilah Abdullah                         
                              Kod Buku  : GB0038
                              Kod ISBN  : 9778-983-097-178-0
                              Harga         : RM19.90

Di sebalik kisah-kisah yang berlaku pada diri orang lain, kita mungkin akan menemui cerminan diri kita.Ini hanya satu anekdot daripada 111 kisah kehidupan yang terhimpun di dalam buku ini. Kisah yang biasa-biasa  tapi kaya dengan iktibar. Ada kisah yang menyayat hati, menyentak emosi, menyentuh naluri. Ada kisah yang menyubur fitrah, menghidupkan jiwa. Kisah-kisah ini mungkin bukan kisah kita atau orang-orang yang kita kenal, tapi ia merupakan cermin kehidupan yang dekat dengan setiap orang daripada kita. Ada sumber motivasi, bahan renungan dan tip. Justeru itu, dunia mereka, mungkin dunia kita jua... 

Wednesday, November 10, 2010

BALIK KAMPUNG


                    Penulis       : Abbas Alias Jaafarkamin
                    Kod Buku  : GMBK1001
                    Kod ISBN  : 978-983-44848-0-4
                    Harga         : RM10.00

Balik Kampung
Hari Raya menjelang tiba....
Persediaan balik ke Kampung Barakuda = 110%
Malang tak berbau: Kemalangan jalan raya
Mati di tempat kejadian
Tak sangka mati muda
Persediaan balik ke Kampung Barzah = 0%
 
Check List =
Solat  :   Ada mood buat, selalu miss-sebok
Sedekah   : Kadang kala bila ada syiling lebih
Puasa   :    Selalu cuti gestrik
Membaca al-Quran  : Cuma surah Yaasiin waktu tahlil
Menuntut Ilmu  : Pencen sejak terima ijazah

DONGENG HAIWAN - KOMIK


                       Penulis       : Lantzen
                       Kod Buku : AMBK1128
                       Kod ISBN : 978-967-5401-46-6
                       Harga        : RM5.90

Himpunan 46 kisah lucu dunia haiwan ini di kumpulkan daripada majalah Ana Muslim. Karya kreatif ini sangat sesuai dibaca oleh kanak-kanak di peringkat sekolah rendah. Banyak nilai-nilai murni berunsur nasihat dan tauladan sesuai sebagai pemangkin untuk memotivasikan kanak-kanak yang membacanya.

Antara cerita menarik
  • Semut yang mengenang jasa
  • Semut dan kepompong
  • Chot si badak air
  • Si katak hijau yang berhati mulia
  • Salah sangka
  • Hantu bertopeng
  • Chot si badak berbulu
  • Impian Ronnie
  • Garo, kera nakal
  • Tidur ke mati?

KUMPULAN CERPEN: TAWAJJUH CINTA


                    Penulis           :   Juwairiah Md. Jamil
                    Kod Katalog   :  TBBK1136
                    Kos ISBN       :  978-967-5102-70-7
                    HARGA          :  Semenanjung M’sia: RM12.00 /
                                                Sabah & S’wak: RM15.00

Koleksi 13 cerpen hasil karya penulis muda ini dihimpunkan dalam satu kumpulan cerpen “Tawajuh Cinta” yang menyelami kehidupan dan jiwa remaja dalam menghadapi pelbagai konflik dan keindahan makna cinta. Berkisar kehidupan dan keluarga yang tidak lari dari pencarian keredaan Allah SWT. Selamilah iramanya dalam “Lancungan Cermin”, “Tawajuh Cinta”, “Someng”, “Dilema Seorang Khaulah” dan banyak lagi.

DOA MENJADI PENGANTIN BARU SETIAP HARI


                     Penulis         :   Ustaz Zahazan Mohamed &
                                               Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid 
                     Kod Katalog :  TBBK 1089
                     Kos ISBN     :  978-967-5102-18-9
                     HARGA        :  RM 12.00

Buku DOA MENJADI PENGANTIN BARU SETIAP HARI ini mengimbau kembali keindahan suasana perhubungan suami isteri ketika usia muda agar setiap ketika hubungan anda dengan suami / isteri bagaikan pengantin yang baru diijabkabulkan.

Antara doa-doa yang dimaksudkan ialah mohon keteguhan iman, menanam kasih sayang suami isteri, mohon keselamatan, mohon agar mendapat zuriat yang soleh, diberi kesabaran dan kekuatan, dilindungkan tempat kediaman, mengelak daripada jiran yang jahat, menenangkan diri dalam keadaan panas baran, marah dan musibah, berlindung daripada gangguan syaitan, berdoa untuk kesejahteraan anak-anak, mengelak kecurangan suami atau isteri, mohon murah rezeki dan mengelakkan bebanan hutang, mengelakkan kehinaan serta bala bencana dan bagaimana menangani stres. Bagi setiap doa diterangkan kaifiat, rahsia, cara amalan dan adab-adab yang berkaitan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...